Kenapa Akaun free hosting selalu kena suspend?



Dalam kebanyakan kes suspension, antara sebab utama akaun anda kena suspend adalah disebabkan "abuse" dan "security reason". Ramai pemilik akaun tidak sedar akan terma syarat yg LamanRasmi.com nyatakan semasa pendaftaran, oleh itu anda tidak sedar bahawa anda telah secara tak langsung melanggar salah satu terma syarat yg telah ditetapkan. Sila lihat sini untuk review terma syarat kami. [Terma Syarat].

Secara amnya, akaun yg berkaitan akan automatically suspended untuk tempoh 24 jam bergantung kepada jenis kesalahan. Terdapat juga akaun yg akan terus di Terminate atau di tutup secara automatik jika kesalahan tersebut serius dan melibatkan security. Berikut merupakan antara sebab2 biasa akaun anda di suspend.

Kesalahan "ABUSE" atau Salahguna : Suspend ~24jam

1. Kesalahan disebabkan penggunakan resource yg berlebihan
  • Website HITS/traffic melebihi 50,000/sehari.
  • CPU usage melebihi 10% secara berterusan.
  • Terlalu banyak plugin yg berat menyebabkan CPU usage tinggi.
2. Akaun/Website tiada penggunaan/visitor dalam tempoh yg lama. Bagi menjimatkan resource & storage, akaun/domain yg tidak menerima kunjungan dalam tempoh 3-6 bulan akan dikelaskan sebagai tidak digunakan dan akan diterminate secara automatik bagi memberikan peluang kpd user lain.

3. Guna free hosting untuk tujuan file storage shj.

4. Script yg digunakan memerlukan fungsi yg tidak terdapat di server free (e.g: nodejs, flutter, etc)

Kesalahan di bawah "Security Reason": Suspend > Closed

1. Upload script/file yg mengandungi virus, malware, encoded script, redirect code, dan macam2 lagi.

2. Guna script/file daripada sumber pirated, null, dan sumber yg tidak sah dimana biasanya file2 tersebut telah diubahsuai dan mengandungi malware atau code tersembunyi bagi tujuan yg tidak baik.

3. Guna script/code yg mengandungi vulnerable/kelemahan security.

4. Setting script/code yang terdapat password tetapi terdedah kpd umum.

5. Website/subdomain/domain yang didapati mempunyai nama seakan2 brand popular dan bersifat penyamaran (masking).

6. Website yg dikesan menggunakan nama entiti lain bagi tujuan kumpul data atau PHISHING.

7. Website SPAM, PIRACY, MOVIE DOWNLOAD, STREAMING, PORNOGRAFI, dll.

8. Website/domain yg mendapat complaint dari Google atau Pihak Berwajib.

9. Akaun yg telah disuspend lebih 10 kali berturut-turut akan di terminate memandangkan tiada pembetulan dibuat oleh pemilik.

----------------------------

Senarai di atas merupakan antara punca2 yg biasa menyebabkan akaun anda kena suspend secara tiba2 disamping sebab2 yg lain.

Cara2 elak kena suspend:

  1. Bina website menggunakan HTML atau PHP secara static kerana ianya lebih ringan.
  2. Elakkan guna script yg terlalu berat.
  3. Jika anda gunakan CMS seperti Wordpress, elakkan guna theme yg berat atau plugins yg terlalu banyak.
  4. Free Hosting tidak boleh digunakan bagi tujuan Viral/Traffic tinggi. Sila dapatkan PREMIUM HOSTING.
  5. Bina website anda dalam tempoh sebulan dari tarikh daftar.
  6. Segera bina/install website anda di folder root htdocs domain/subdomain.
  7. Layari website anda sendiri sekurang2nya sekali setiap bulan. Buka setiap hari lebih baik.
  8. Jangan sesekali upload files/script yg diperoleh dari sumber pirate, null, torrent, etc.

Apa Anda boleh buat jika akaun di Suspend?

  1. Tunggu sehingga 24jam untuk akaun diaktifkan semula (bergantung kpd jenis kesalahan).
  2. Jika anda tidak pasti apa kesalahan anda & ianya tidak berpunca dari senarai kesalahan biasa di atas, anda boleh hubungi Team Support melalui chat form yg disediakan di website kami. Sila nyatakan username anda sekali (cth: lmnr_12345).
  3. Kebanyakan akaun yg suspended di bawah kategori "Security Reason" tidak akan dapat diaktifkan semula. Anda boleh daftar akaun yg baru dan diharapkan tidak mengulangi kesalahan yg sama.

 Apa yang Team Kami boleh bantu?

  1. Team Kami cuma dapat memberikan SEBAB akaun anda disuspen SAHAJA.
  2. Kerana servis yg diberikan adalah percuma & pengendali server kami menguruskan berjuta2 akaun, semua urusan suspend/terminate dilakukan secara automasi oleh virus scanner dan security system yg bukan dikawal oleh kami.
  3. Kami tidak dapat berikan akses untuk anda muatturun semula file di hosting anda jika ia melibatkan "Security". Anda perlu melakukan backup website anda sendiri dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kehilangan data.
  4. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan data mahupun kerugian disebabkan akaun anda disuspend/terminate oleh system. Anda telah disarankan melakukan external backup sekerap mungkin.

Post a Comment

Previous Post Next Post