[TERBARU & HOT] Cara Setup SSL Percuma 90 hari untuk Subdomain FREE Hosting anda

 


Selamat Datang ke LamanRasmi Free Hosting. Berita baik untuk setup SSL di Subdomain LamanRasmi anda!! Seperti mana yang anda semua tahu, sebelum ini sistem anti-bot free hosting kami tidak menyokong proses pengesahan mana-mana penyedia SSL percuma seperti Let's Encrypt dan lain2. 

Tetapi sekarang dengan adanya SSL API daripada GogetSSL, semua akaun subdomain di Lamanrasmi.com boleh setup SSL Certificate percuma utk tempoh 90 hari. Dan ianya boleh diperbaharui dengan percuma juga secara manual.

 

Berikut adalah Cara-cara untuk anda setup SSL di Subdomain LamanRasmi.com.

 

1. Pergi ke https://freessl.space/

2. Isikan alamat subdomain anda. (cth: bisnes.lamanrasmi.com) *tanpa http/https.


3. Tick agree.

4. Click button Start. Kemudian isikan emel anda bagi tujuan penghantaran SSL cert. Pilih Validation Method  DNS (CNAME). Dan click button Next.



5. Di page Domain Validation, copy maklumat CNAME records & Private Key ke dalam Notepad.

 
 

6. Login ke CPanel Hosting LamanRasmi di http://cpanel.lamanrasmi.com dan pergi ke module CNAME Records.

7. Isikan maklumat CNAME Records, pilih Subdomain yg betul, dan isikan maklumat DESTINATION seperti yg telah anda copy di langkah 5. Click button ADD dan record baru ini akan terpapar di senarai CNAME records yg ada.


8. Kembali semula di website Freessl.space di langkah 5, dan click button VALIDATE. Proses validasi akan mengambil masa 5-10 minit. Anda boleh tunggu sehingga page tersebut Auto-refresh apabila validasi selesai dimana certificate SSL anda akan dipaparkan utk setup di cpanel. Maklumat certificate ini juga akan diemelkan ke emel anda.


9. Selepas 5-10 minit, proses validasi selesai.


 

10. Copy kesemua maklumat SSL yg dipaparkan ke dalam Notepad tadi.


 

11. Pergi semula ke CPanel > Module SSL/TLS. 

12. Pilih Subdomain yang bersesuaian dengan SSL yang telah diperolehi. Dan click button CONFIGURE.


 

13. Isikan maklumat SSL Private Key yg telah di copy di Notepad ke dalam ruangan Private Key. Kemudian click button UPLOAD KEY.


 

14. Isikan pula maklumat SSL Certificate yg telah di copy di Notepad ke dalam ruangan Certificate. Kemudian click button UPLOAD CERTIFICATE.


 

15. Tahniah!! Sekarang alamat website anda boleh dilayari dengan SSL https!


 

Selamat Mencuba! 

 
Proses ini terlalu sukar & panjang?? Dapatkan servis install SSL ini di subdomain anda dengan hanya RM10 per setup/renew. Chat dengan Support atau emel ke cslamanrasmi@gmail.com



[TERBARU & HOT] Cara Setup SSL Percuma 90 hari untuk Subdomain FREE Hosting anda [TERBARU & HOT] Cara Setup SSL Percuma 90 hari untuk Subdomain FREE Hosting anda Reviewed by eWallz Solutions on 12:07:00 PM Rating: 5

No comments:

Theme images by lishenjun. Powered by Blogger.